Tuesday, October 01, 2019

Ikhlaskan hati.

Assalamualaikum

Alhamdulillah,dapat tulis lagi Dalam blog kak jue yang dah bersarang nie..hihihi..Nak sebut pasal ikhlas,cakap menang senang...Saya ikhlas kerana Allah..macam Mana Kita nak ikhlaskan hati Kita Dalam melakukan sesuatu kebaikan..

Mengikut kefahaman kak jue keikhlasan ini soal hati,hanya Kita Dan Allah sahaja yang tahu..kerana Allah,Kita kene sebut selalu Dalam hati,aku buat kerana Allah..aku buat itu,aku buat ini aku cuma mahu Allah pandang aku,semua aku buat aku nak Allah Sayang aku,aku buat ini hanya untuk Allah..

Kita banyak dengar  ceramah agama yang merungkaikan istilah ikhlas kerana Allah..kebaikan,keberkatan juga seiring..bila Kita ikhlas akan datang keberkatan...betul Tak elok Kita mengharapkan balasan disetiap kebaikan yang kita lakukan tetapi Tak salah jika Kita mahu Allah pandang Kita dalam melakukan kebaikan.

Kak jue selalu Dan suka dengan ayat nie...Kita jadi manusia biarlah jadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain..Apa guna Kita hidup jika hanya sekadar hidup tanpa melakukan kebaikan,sedangkan Kita tahu hidup nie sementara.

Bila Kita lakukan sesuatu Kita fikir nie bekalan aku esk Kat sana..aku nak Allah Sayang aku,aku tahu Allah baik. Allah baik.sangat baik..semua yang berlaku pasti Ada sebab,pasti Ada baiknya.mesti akan Ada indah disetiap ujian..sebab tu Kita kene ikhlaskan hati dalam setiap kebaikan atau apa sahaja yg Kita buat kerana Allah..