Monday, December 20, 2010

+ Puan Norjuwita+

Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada kekasih hatiku Mohd Zaid.Gembira dan sedih bercampor baur dalam hati ini...hari berbahagiaku berlangsung selama 2 hari.Malam berinai belangsungnya kemeriahan...kesyukuran disulami ngan kegembiraan.malam berinai jer dah meriah...ramai nyer yang datang tak tau nak ckp.sbb ada yang tak dapt hadir pada hari langsung.
pada pagi hari langsung nya majlis aku tue berlakulah mendung yang agak merisaukan seisi keluarga...tp alhamdulullah Allah maha berkuasa langit yang td mendung kini telah cerah secerah-cerah nya secerah hati ku...Alhamdulillah...masa mlm berinai tue aku raser mcm artis tue...hahha maner tak nyer belah lah kamera depan aku n suami..hehhe naik krem lah mulut kami dok senyum jer...hahahha...hari mjlis tue pulak...aku risau tak ramai yang datang...tp alhamdulillah mak abah adik2 n umul kata ramai yang datang sampai tak menang tangan dibuat nyer...mekasih kerana datang dan mendoakan kami.semasa aku dihantar ke rumah suami ku...sebanyak 26 buah kereta dari kelab SIC Melaka mengiringi kami...mmg kelass ari tue...huhuhuhuhu...

Tuesday, June 22, 2010

+$_Bengang Betol+&$_

salam...hehehe...mawar kalau tulis kat blog msti mcm nie kang...bengang lah...geram...semua yang emo2...huhuhuhu...sukati mawar lah...blog mawar...mawar nyer suker nak taip aper...semalam mawar mmg bengang giler ar...sangat2 lah...tak tau nak wat mcm maner..ari nie pagi2 lagi dah buat mawar tak ader mood...pakal lah mawar nie masih menghormati org...klau tak mampus luuu....hahahha...skang dah nak jD jhat dah nie...hehehehe....gram mawar...kiter wat baik ngan dia..dia nak pijak kiter....lantak ar mawar malas nak pikir dah....hahahhahha....

jumaat nie mawar akan becuti...jD lamer lah mawar tak akan update blog nie...nt balik dari PLKN mawar akn citer n taip kat blog ni..tp sekiranya blog nie tak di updit selepas dua bulan..angaplah hidup mawar dah berakhir...epesod mawar juga akan terhenti...tiada lagi catatan bengang atau sebagainyer....terpulang kepada anda untuk menilai mawar...hahahhaha....

ok lah mawar ader kijer nak siapkan pagi nie....
mummuuuuaahhh...i love my dad,my mom,my sisters,my brother and my hubby...and ever bady know hw i am....

Sunday, June 20, 2010

+erTi Kate Nyer+


N - ..pemberi ciuman yang bagus juga


O - ..mempunyai personaliti yang bagus


R - ..seorang yang lucu


J - ..seorang yang agak seksual


U - ..disenangi oleh semua orang


W - ..bisa menjadi lucu dan tolol dalam satu waktu


I - ..manis dan romatis


T - ..senyuman yang menawan


A - ..seorang yang gila-gila


sama ada benar korang semua yang nilaikan...mawar tak ader aper nak tlis kat sini...sbb mawar dari pagi dah bukak posting nie..tp tak ader idea nak di coretkan dalam ini blog lah...semalam hari bapa sedunia...n kesempatan ini mawar bak citer aper mawar buat semalm...
semalam pagi mawar beri hadia 2 my lovely dad...im wish him "abah selamat hari bapa"abah ader lah bapa yang terbaik yang akak ader kat dunia nie...pas tue oleh kerana aku telah buat temu janji ngan bakal ibu mertua ku dan bakal biras ku...maka kami semua g ker sagil..mandi manda...hehehe..agak menyeronokkan..ok balik dalam kol 3 lbh ar..sampai umah dia aku pon tumpang solat asar...kemudian my hubby pon antau balik..ktorg sampai merlimau dia blikan aku rambutens...hehehe....n aku bli barang nak wat beun untuk sambot hari bapa...the best lah...terima kasih abah....akak sayang abah....

Wednesday, June 16, 2010

_+# HaPPy +_#


salam.....dalam kesedihan pasti akan kita temu kebahagiaan...
dalam mencari cinta...aku ingin ketemu Cinta Agung...Cinta Allah.....
MencintaiNya Tak penah Jemu...Merindui Mu Ya Allah Tak kira masa...Tiada alasan Atau sebab untuk Sebarang perlakuan..Semua uNtuk Mu Ya Allah...kerana Kau maha Agung,Adil,Penyayang...tiada Kelemahan pada Mu Ya Allah....

Semalam raser nyer mata nie asaik berair jer....mgin ader sebab nyer...mawar mls nak pikir....
mawar ingin buat yang terbaik bukan untuk mencari salah sesiapa....mawar harap sangt dia mengerti isi hati mawar...tiada ungkapan lain mawar blh beri hanya maaf....Semoga kebahagiaan datang kepada kami....mawar sayang dia.....mgkin ini dugaan nyer...sebelom ketemu kebahagiaan...maner lah tau kan....n mawar percaya pada kata2 untuk mencari kebahagiaan kita akan tempoh jalan yang berliku untuk mencapai nyer...baru besttt....yahooo...mawar mesti kuat...yap....Ya Allah...aku tau kau sentiasa bersama aku yang lemah ini...


pagi nie mawar bgun letwt sngt...mawar bgun tros masak nasi untuk adik lelaki mawar...my mom...?dia tak ader g pahang kat my dad....huhuhu...ari nie mawar puase ganti lor....huhuhuhu
coz 2 mggu lagi mawar akan bercti panjang ...selama 2 bulan...coz mawar kene g PLKN...wajibbbbbb...i Don Like sebenarnyer...tp tak per lah...mawar angap tue aktiviti luar mawar yg paling lamer sebelom begelar isteri kepada mohd zaid muslaini....
peseriaan majlis PERKHAWINAN???eeemmmmm jgn ckap lah....baru 40% jer....yang lain pas PLKN lah..hehehe....

Aper2 pon Doakan Mawar yer kawan2....

MaWaR

_-_-_Tik Tok

salam...

mawar berkongsi ilmu...untuk kita bersama...
lebih2 lagi mawar ingn memperbaiki diri mawar untuk jd lbh baik...
semoga Allah memberkati nya....

++CerMin DiRi++

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untukmencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang didunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Tuesday, June 08, 2010

++DugaaN++

salam....

semalam aku didatangi dugaan yang agak berat dalam hubungan aku dengan kekasihku...
mgkin bagi setengah org akan kata biaser lah org btunang mmg mcm tue.....
dugaan org bertunang mmg lah...kene bnyak sabar....yer..kami bersabar dan bharap agar kesabara kami berdua tidak akan hilang...kasih sayang ini milik Allah...DIA yang memberi aku nikmat cinta....akan aku guna sebaiknya...marah dia bukan kerana membenci...marah aku bukan juga tak sayang...masing2 ada ego sendiri dan nak dibtolkan dan raser diri benar belaka......tp percayalah.....sayang masih untuk mu...cinta jugak untuk kamu....

lOvE HuBBy

Thursday, June 03, 2010

++KesabaraN++

assalamualaikum......

kita sbagai manusia kita takkan tau dugaan apa yang bakal datang pada kita...
baik mahu pon sebalik nya,,,yang pasti aper yang berlaku ada hikmahnya.....
dapal tempoh bebarapa bulan yang aku tak tulis blog nie...mcm2 yang berlaku dalam hidup aku...
baik....kurang baik pon ada.......semuanya mengajar aku sebuah kehidupan....suka duka...air mata gelak ketawa ianya datang silih berganti...tanpa aku sedari skang telah pon petengahan tahun 2010...
satu lagi lakaran baru atau lukisan baru akan aku lalui....yang akan menguji kesabaran kesetian dalam sesuatu perhubungan....bile difikirkan aku seakan takut untuk melangkah hari yang akan datang...tetapi aku sadar ianya pasti akan tiba....duga2 yang hadir aku terima dengan hati yang terbuka...tiada kesal dalam kamus hidup ini....semua yang dah berlaku akan berlaku pasti ada sebab nya....
aku menanti keputusan dengan penuh kesaabaran...sesekali jiwa aku kacau...risau...tak tentu....tetapi ada insan yang sering berada disisi ini yang sering menenangkan jiwa dan perasaan ku...terima kasih mak,abah adik2 dan tunangku yang tersayang...serta semua kawan2 yang sentiasa memberikan aku semangat....
penantian ini akan beterusan dan akan terjawab nt...pasti akan ku catatkan disini untuk merwarnai blog mawar ini....
Semoga Allah Berkati Kami....

Abah,Emak,Izzati,hafizz dan Aliah...sayang sangat sama kamu....pada mohd zaid gak....sayang kamu....

Tuesday, April 27, 2010

adaKah....





















salam...buat semua teman...mawar letakgambar...
maser g konvo baba tak dapat join...tp tak per...mawar tau baba n mak sentiasa dalam hati...
n mawar nak dorg bangga...insyAllah...

Friday, March 19, 2010

kenangan


antara kawan yang pernah menjadi sahabatku....terima kasih semua

Wednesday, February 24, 2010

nak salahkan siapa....

salam wat semua teman2 mawar yang sudi baca blog mawar...semalam u'll ader tak tgk aduan rakyat...at tV 3...emmmm..pasal yang tak ader tempat tingal...dok bawah jembatan...masih ader lagikan..kat ibu negara lak tue..skang nie mawar tak faham lah...kenaper yer mesti ader lagi yang mcm nie...nak salah kan siaper...kerajaan atu diri sendiri yang tak mahu ubah kehidupan masing2.bagi mawar lah....pendapat mawar n fikiran mawar yang baru jer berusia 23 tahun nie lah kan...perubahn perlu bermula dalm diri sendiri lah...btol tak...kiter mmg boleh minta bantuan..tapi sampai bila?..ok misal kater lah do kat KL tue mmg kos hidup sara diri tu tinggi lah kan...tak boleh ker g tempat lain...ha?tak boleh yer...rakyat negeri lain yang datang malaysia nie boleh jer kijer...kijer jer aper2 kan...asalkan kijer..nie tak nat tunggu kijer datang maner nak dapat...usaha tue yang penting...minta bantuan tue sampingan boleh lah kan...
kiter yang mengubah diri kiter...jangan salahkan org lain atas kekurangan diri kiter...kalau nakmaju kiter kener berfikiran maju...usaha yang penting..bukan mawar nak bukak topik yang sensitif tapi fikirlah sendiri...mestikah perkara sebegini berlaku dalam negara yang membagun...

Sunday, February 21, 2010

sajer nak tunjuk...

nie baru jer mawar buat td...n mawar aser sofewr dia...kalau u'll nak bgatau lah....huhuhu..nt mawar uploud kan dalam blog mawar..tak pon korang muaturun sndiri jer lah...namer nyer magie photo editor..huhuhuhu..mkin mawar lambat korang dah ader dulu nie kan...emmm..tak per lah...nie untuk mereka yang tak penah guer...mawar just suker2 jer nie....kalau korang nak mawar edit gambar korang pon boleh....hahahahha

++piLiHan++

salam buat semua teman yang mawar sayang....
selamat hari isnin semua....hari nie mawar bgun pagi kol 6.00 am....huhu hairan kan mawar pon heran kenapa mawar bgun awal...uper nyer mawar dah di oleh sk sebatu utuk ambik gambar dorg gune nikkon...hahahaha...ambik lah dalm 15 keping gambar guru2 dan staf sekolah...
sbnar nyer bukan tu mawar nak citer kali nie...cumer nak bgtau n mintak pendaptan...huhuhu korang lah tentang cadangn andaman maner yg paling ok kat dalam melaka ar...solek dia ok...pelamin ok...sbb mawar dah mula nak tgk2 dah andaman nie...yer lah sakang dah tingal 9 baln 4 ari lagi...insYAllah....nak lihat2 dulu maner yg ok...yang bekenan dihati ini...harga tak nak lah mahal sangat...sedang2 sudah...huhuhu...mawar bkan nak yg terlalu best cume mawar nak yang boleh sedap mater memandang...simple but nice...huhuhuhu...mmg mawar tau muke mawar nie kalau solek mcm maner pon bkan blah berubah pon.....huhuhuhu
lagi satu dalam dilema nie pasal photogrpy nie...yang ader dalam pilihan nie kawasan ke daerah jasin gak nie...tp maner lah tau kan korang ader yang lagi best ker pekj yg lagi ok ker...bg lah cadangn kat mawar yer...huhuhuhu
ok...caadangan korang amatlah mawar perlukan....kalau nak seponsor pon boleh....huhuhuhuhu

Tuesday, February 16, 2010

lamer tak jenguk..

salam wat semua teman....
dayah...mekasih lah ingatkan ju pasal blog nie...kire nyer ambik port gak lah yer pasal blog junie yer...ingat tak ader peminar td...hahahaha....
kat sini mmg tak ader aper nak di hujah kan...cuma nak bgatu pendapt jer n perasaan nie...
sebuah persahabatan yang sentiasa mekar dlm hati walau pon hakikatnyer bnyak yg telah berubah...baik mawar atau sahabat2 mawar...masing2 ader kometmen tersendiri...yang belajar lain yang kijer lain kan...semua ader life sendiri....masing2 mahu yang terbaik dlam hidup...cuma mawar nak sahabat2 mawar tau yg ingatan mawar pada kenangan kite pada kalaan tak penah beru bah walau sikit pon....semua kalwan mawar mawar sayang....
umul,dayah n9,zack,fina,huda,syu,nat,eza,ina kecik,boy,fir,aril,wan,farisa,nolin,aida,n semua lah yang penah menjadi teman mawar...i sayang u all....sayang sangt....

Monday, January 04, 2010

++ReSaH++

salam wat semua teman2 mawar....
mawar tak tau nak ckap aper kat sini..tp mawar btol2 rase mcm lain jer sejak keblakangn nie...mawar rungsing lah...tkt pon yer juga...tp lakau kiter tak cuber tak kan kiter blh tau aper iu kejayaan kan...mcm2 yang perlu kiter buat kan...
untuk capai kejayaan...nie semua dah ader depan mata...
naper mawar tulis kat blog aper yg mawar rase...mawar pon tak tau nak bgtau teman2 mcm maner mawar raser skang...skang mawar hanya mampu berdoa mawar lbh kuat...tabah..dan mawar pasti yanin ngan aper yg mawar wat nie....
hanya keyakinan sahaja yang mampu melawan perasaan nie...yesssssssssssss.
i can do it...huhuhhuhu...
semoga Allah memberkati segala2nya...
bukan mahu bnyak...
dan tidak mahu aku leka...tue sahaja...
hanya Allah yang tau niat hati nie....Ya Allah...fahami aku ya Allah...