Thursday, October 10, 2019

Jalan jalan 2018





Tahun 2018



Alhamdulillah,dapat jalan-jalan sama semua adik mak abah.

Tapi tu lah Cameron jem...nanti nak g lagi..nak g pasar malam dia...nak makan2 jer..hehehee

mcm lah kat melaka tak cukup makan....huhuhu...

sajer jer ambik angin sejuk pasar mlm sejuk,semua sejuk..hahahaha....

love

Tuesday, October 01, 2019

Ikhlaskan hati.

Assalamualaikum

Alhamdulillah,dapat tulis lagi Dalam blog kak jue yang dah bersarang nie..hihihi..Nak sebut pasal ikhlas,cakap menang senang...Saya ikhlas kerana Allah..macam Mana Kita nak ikhlaskan hati Kita Dalam melakukan sesuatu kebaikan..

Mengikut kefahaman kak jue keikhlasan ini soal hati,hanya Kita Dan Allah sahaja yang tahu..kerana Allah,Kita kene sebut selalu Dalam hati,aku buat kerana Allah..aku buat itu,aku buat ini aku cuma mahu Allah pandang aku,semua aku buat aku nak Allah Sayang aku,aku buat ini hanya untuk Allah..

Kita banyak dengar  ceramah agama yang merungkaikan istilah ikhlas kerana Allah..kebaikan,keberkatan juga seiring..bila Kita ikhlas akan datang keberkatan...betul Tak elok Kita mengharapkan balasan disetiap kebaikan yang kita lakukan tetapi Tak salah jika Kita mahu Allah pandang Kita dalam melakukan kebaikan.

Kak jue selalu Dan suka dengan ayat nie...Kita jadi manusia biarlah jadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain..Apa guna Kita hidup jika hanya sekadar hidup tanpa melakukan kebaikan,sedangkan Kita tahu hidup nie sementara.

Bila Kita lakukan sesuatu Kita fikir nie bekalan aku esk Kat sana..aku nak Allah Sayang aku,aku tahu Allah baik. Allah baik.sangat baik..semua yang berlaku pasti Ada sebab,pasti Ada baiknya.mesti akan Ada indah disetiap ujian..sebab tu Kita kene ikhlaskan hati dalam setiap kebaikan atau apa sahaja yg Kita buat kerana Allah..


Tuesday, May 28, 2019

Persiapan Raya 2019

Assalamualaikum..
hai korang.Macam mana persiapan raya untuk tahun 2019.berlebihan atau bersederhana.
bersederhana lebih baikkan.

ok berapa pasang sorang?

Sebenarnya tak kesah pon berapa pasang,asalkan ko mampu dik.Jangan ko tak mampu tp nak berlebih-lebih tukan dah membazir namanye.
Macam kak jue,siapkan anak-anak punya dulu.
1.Adam Haikal
       *1 baju berkola
       *2 helai baju tak berkola
tahun nie adam mcm tak beli seluar baru.tp tak tau lah kalau malam nie ke mlm sebelum tutupnya baza ramadan adam dapat selai.hehehehehe
      *baju melayu sepasang Songkok sampin adam tak ada,sebab dia nye saiz kanak2 tak blh pakai mungkin pakai sampin ayah dia jer..hehehhe

2.Aira Humairah
     *2 pasang baju kurung tu untuk day 1 and day 2 lah.
     *2 pasang baju jalan2

ikut kemampuan lah ye...ada org beli sampai 5 6 pasang.ada yang beli satu dua lai pon ok..tak ape,raya nie bukan syarat dia mesti baju baru kan.Ini tanda kemenangan umat islam yang telah sebulan berpuasa.

mcm kak jue dan suami selai dua udah lah,tak yah nak beriaya nau....hehehehe..yg penting baju raya pertama harus sedondon..hehehehe...baru lah raya.
Kalau nak ikutkan bajet raya nie mmg lah parah wei..tapi suami kak jue nie bijak...dia menabung dari awal...baru tak terasa.
kalau yang biasa2 mcm kak ju nie org biasa2 pon dah 2k-3k ko rasa kalau org yg luar biasa tu mau lebih lagi kan.

nie termasuk lah
1.baju raya (mak abah,mertua dan kami 4 beranak)
2.kuih raya
3.duit rempah2(mak dan mertua)
4.duit raya
5.duit minyak

walaupon rumah kak jue dekat dengan kampung kami,tapi kami akan pergi balik,pergi balik sesuka hati...hehehehe jadi kereta jalan pakai minyak kan bukan pakai air.hehehehe tu semua masuk kira tau.

apa pon korang kene merancang supaya semua berjalan lancar dan tidak melebihi kemampuan.nanti kak jue tepek gambar2 barang2 raya ye...lupa nak ambik gambar...kak jue bukan penggemar ambil gambar,tp kalau org ambik gambar kak jue suka tumpang.

korang raya mana tahun nie?
korang tema apa tahun nie.?

Wednesday, March 20, 2019

Kebaikan Sayur dan Buah

Assalamualaikum,

Kebaikan Sayur dan Buah.kak jue ada terbaca mengenai kebaikan makan sayur dan buah,lepas tu makanan sunnah.ianya sangat baik.Ramai antara kita semua tahu kebaikan makanan sunnah nie,mmg kak jue tak nafikan.kak jue pon tahu dan ambil sambil lewa.ape org kate belum kene mmg wat tak tau jer,bila dah sakit baru nak insaf ha nie kak jue lah.Tapi kak jue tak ada lah sakit ape pon cuma ,mato den nie ha dah nak mulo rabunnn..mula lah Google apa makanan yang baik untuk mata.yang best tue kak juue Google pasal vitamin mata...hala2 dalam bijak2 ado bongapnye aku nie.hahahaha...

Dah sah2 lah kak jue dah tahu LOBAH MERAH itu baik untuk mata lagi mau tanya.Kak Jue suka makan lobak merah nie mentah,kalau dah goreng ke,dah dimasak mmg kurang skit.Nak di pendekkan cerita ari tu g makan Kak jue pon oder lah Air Lobak SUSU...sedap wei kedai tu buat..dia nye gelas ampang lah besau...lupa nak ambik gambar.hehehe...kak jue kongsi ngan si comel pipi merah (airah humairah),dia pon suka..mmg sedap wei.Tak ada lah kak jue nak kate mate dah ok,hihihihi baru sekali minum kot,tapi kak jue akan jdkan amalan mkn lobak merah n minum air lobak nie.

ok jom baca pasal sebahagian sayur atau buah yg baik untuk kita..


Assalamualaikum pada semua.

Untuk berkongsi bersama kalian.

Sejak kebelakangan ini, dperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Kami pernah didatangi oleh bekas pelajar MRSM, seorang Doktor pakar pemakanan dan selalu keluar di Astro Oasis dalam rancangan agen HALAL. Siapa kenal degan Doktor Mohd Redza Benjamin? Beliau pengidap kanser tahap 3.. tapi diberi kesempatan oleh Allah utk hidup didunia ini. Beliau banyak beri perkongsian tentang pengalaman beliau sebagai penghidap kanser. saya akan cerita sedikit demi sedikit nanti.

Dr Redza pernah berpesan ketika sakitnya itu kepada ibunya, jangan benarkan doktor cabut talian hayat nya (bantuan oksigen) selagi beliau belum benar-benar disahkan mati. Pada ketika dia koma, Dr. Redza mohon kepada Allah atas segala kebaikan yg dia pernah lakukan sebelum ini supaya diberi peluang kedua untuk hidup dan dapat dia perbetulkan kesilapan yang telah beliau lakukan.

Kesilapan beliau adalah beliau selalu memberi ceramah kesihatan kepada orang ramai supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah nabi tapi malangnya beliau sendiri mengambil ubat-ubatan kimia untuk dirinya. Justeru beliau telah berlaku hipokrit kepada orang ramai dan sejak beliau sedar dari koma, beliau ubah cara pemakanan beliau dan mengesyorkan kita umat Islam ikut sunnah Nabi saw.

Sedikit perkongsian lagi:

1-  Makan lah sayur-sayuran atau buah-buahan dahulu sebelum ambil makanan lain.

2-  Makan makanan yang Halal & Thoiyyib (suci).

3- Jangan makan berlebih-lebihan (surah Al-A'raf ayat 31) Berhenti sebelum kenyang.

4- Perhatikan makanan kamu Surah Abasa ayat 24

INI PERKONGSIAN DARI Dr Redza YANG ALLAH SAW DAH LAMA BAGITAHU KITA, CUMA RAMAI DARI KITA YANG TAK TAHU ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU.

Cuba perhatikan lobak merah kalau dipotong, apakah bentuknya? saperti mata kan? Lalu dalam kajian sains pun mendapati lobak sebenarnya bagus untuk kesihatan mata.

Perhatikan tomato mengandungi licopin. Untuk merawat jantung. Cuba belah tomato, lihat ada 4 cabang dalamnya, ibarat 4 injap saperti dalam jantung kita. Sebenarnya tomato memang bagus untuk jantung.

Cuba perhatikan anggur. Bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah seperti bentuk jantung kita kan? Kajian sains pun mengatakan ia bagus untuk jantung.

Perhatikan kacang walnut,  kulitnya keras susah nak dipecahkan dan isi dalamnya jika dilihat seperti otak manusia. Ianya memang bagus untuk otak. Kepada Ibu-Ibu sila beri anak anda makan walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal  terutama anak untuk menghafal Al-Quran.

Cuba perhatikan kidney bean @ kacang merah. Bentuk buah pinggang kita kan!? Ia memang bagus untuk rawatan buah pinggang.

Batang saleri, bentuknya saperti tulang manusia. Memang ia bagus untuk tulang.

Buah avocado pula perhatikan buahnya dan macam mana bentuk isinya. Ia saperti rahim perempuan dan ia memang bagus untuk hormon wanita, bukannya untuk rawatan rambut sahaja.

Buah Thin pula cuba perhatikan buah Thin ini. Kaum adam cuba perhatikan buah Thin ini, ia berbentuk saperti apa? Kajian sains mendapati ia bagus untuk kesuburan kaum lelaki.

Yahudi dah banyak tipu kita, diakata daging kambing kalau makan kena darah tinggi. Itu semua satu pembohongan. DAGING KAMBING ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL, yang kena darah tinggi sebab cara masakan kita, contohnya masak kambing dengan santan yg berlebihan dan sebagainya. Apa yang Allah jadikan semuanya baik, cume kita manusia yang salah guna betul tak?! Justeru perbetulkan cara pemikiran dan pemakanan kita dan keluarga. Lepas ni..banyak lagi tips darj Dr. Redza.

"Setiap apa yang Allah ciptakan itu pasti ada kebaikan dan manfaatnya"



Tuesday, March 19, 2019

Sedekah atau Simpan

Assalamualaikum.

Hai semua,kak jue tak pasti nak tulis apa kali nie.Tapi kak jue ada sesuatu yang nak kongsi dengan korang semua.kak jue tak pati korang pernah terfikir atau tidak,mungkin kak jue jer yang fikir benda nie.hehehehe.

Pasal Sedekah dan Simpanan mana lebih penting? sila bahaskan.huhuhuhu.Dekat sini cuma pendapat kak jue jer ye.kalau rase boleh terima silakan,kalau tak boleh terima pon tak per tiada paksaan.

Kita cerita pasal sedekah:- Sesuatu yang kita beri/hadiah/sumbang dan sebagainya dengan nilai yang terpulang kepada kita,kepada sesiapa pon yang boleh memberi manfaat kepada orang lain,mendatangkan kebaikan kepada mereka.Pahalanya juga kita dapat.Sedekah tu kiranya kita boleh angap saham kita untuk akhirat kita.

Amalan sedekah nie sangat-sangat baik. ok ada orang takut nak sedekah sebab dia rase mcm tak cukup nie nanti.Dalam islam sedekah tu boleh mencukupkan rezeki kita.Jangan risau kalau kita nak sedekah.Lagi banyak kita bagi insshaAllah lagi banyak kita akan dapat.

ok mcm nie jom kita renung sekejap,berapa kali dah korang sedekah seumur hidup korang atau selama korang dah kerja nie.berapa kali...cuba bagitau?ok kalau korang ingat berapa kali korang sedekah jwpannya belum banyak lah tu.nie yang kak jue semak pada diri kak jue...kak jue fikir.kalau aku boleh ingat sedekah aku nie maknanya belum berapa lah yang aku buat,kalau aku ingat berapabnyak kebaikan aku buat nie,belum berapa sangat lah kebaikan aku nie.Boleh tak kita amalkan konsep buat baik sampai tak ingat apa kebaikan kita pada org.biar orang jer ingat kebaikan kita tu.(contoh lah)Atau kita sedekah banyak-banyak sampai kita tak boleh kira berapa kali dah sedekah kita tu.

Nak mula sedekah selain kat depan2 bank,atau kat mana2 org ada pegang tabung tu korang sedekah jer.sekarang nie online pon ada kan.mana2 badan yang berdaftar tu korang sedekah jer.tranf jer berapa ringgit pon walaupun RM0.10 tak per buat jer.mula dari nilai yg sikit tapi konsisten.Buat setiap hari jumaat.Boleh ke Boleh....

AntaraMuslim Volunteer Malaysia banyak lagi.kalau ada yang mintak sumbangan tu korang just tranfe jer.ada yang nak buat masjid,ada nak buat sekolah pondok.dan macam2 lagi.kalau korang yakin terus jer sedekah tu.tak rugi bagi mereka yang sedekah.


Kita sembang pasal Simpanan:- Nie pendapat kak jue ye, simpanan nie untuk kegunaan kita pada hari yang mendatang. Yap ini pon penting dan perlu ada.tapi tak payah lah nak simpan duit macam nak hidup seratus tahun(ala2 kedekut).hehehe.Buat simpanan wajib senang.Contoh korang potong gaji siap2.jadinya kita tak nampak lah.dia terus ke akaun yang kita simpan tu.

ok Hal simpanan nie apa yang kak jue tulis ini pendapat kak jue ye.tak payah nak kecam pulak kalau korang tak setuju.hehehe(bajet retis)

Memang mcm susah jer kalau nak mulakan simpanan nie.tapi korang buat jer sebualan sekali jer pon.tapi ada orang suka sering ikut tajuk.Nak melancong.nak gelang mas,nak fon baru ikot korang lah.terpulang pada korang lah duit korangkan..

Sekian.


Tuesday, March 05, 2019

Kebaikan Cuka Epal

Assalamualaikum.

Baru-baru nie kak jue telah mengamalkan pengambilan cuka epal.Punca kak jue ambik cuka epal nie sebab kak jue ada masalah tak lawas,jadi nya dari situ kak jue mencari apa yg baik untuk sistem pencernaan kak jue nie.
Disebabkan teh hijau dah tak jln,teatox by sisfel pon tak boleh gi,tu dheb pon tak mau jugak(namapak tak kebalnye perut kak jue.hahahaha)..kak jue telah membuat kajian memalui pembacaan.hihihi kak jue cuba cuka epal.

selain dari tu apa yg kak jue ambil untuk jaga berat kak jue(nampak tak berat pon kene jaga ingakan baby jer nak dijaga...)

1. Jamu bancur
2.Cuka Epal
3.Sapu Hot Lotion SisFel mempercepatkan lemak disingkir

buat masa nie 3 barang nie jer yg kak jue guna.

 ok untuk cuka epal kak ju ambik nak tidur bancur dengan air suam..sedap masam-masam tp manis sebab ada madu.Alhamdulillah mmg baik untuk kak jue.

Antara kebaikan dia jenama kak jue guna nie ye..ianya diperbuat dari buah epal segar,kebaikan dia korang mesti tau kan sila google hihihi..ada zat besi,vitamin,fosfrus ada sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yg mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yg berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

kalau nak cerita mmg banyak kebaikan cuka epal nie.bab lawas tu yang paling kak jue suka,ok sapa ada masalah lawas boleh cuba nie disamping dia banyak lagi kebaikan kalau amalkan cuka epal nie.Ada yang kate perut makin kempis,ada yang kate perjalanan darah makin baik,macam-macam kebaikan dia.

yang selsema atau batuk pon boleh cuba nie,mgkin lain orang lain kebaikan dia tapi yang pastinya cuka epal nie baik.Kat mane korang nak dapatkan cuka epal nie,paling senang jumpe dekat watson dan farmasi tak pon Lazada pon ada jual. harga dia RM19.50 nie yang kak jue beli. jadinya boleh sangat kan.


Untuk Luaran kak jue guna Hot Lotion by Sisfel mmg terbaik kesan dia sangat cepat.
Sapu dia nie mmg akan cepat kurang lemak.

Felinna Hot Lotion muncul dengan formulasi baru di mana salah satu kandungannya adalah Lempuyang Gajah. 

Apakah khasiat yang terdapat di dalam Lempuyang Gajah?

🌸 Kandungan yang terdapat di dalam lempuyang gajah mampu menjadikan metabolisme tubuh lancar sehingga proses pembakaran lemak menjadi lebih maksimum.

🌸 Mampu mengatasi masalah masuk angin.

🌸 Mengubati kaki yang bengkak kerana mengandung.

🌸 Membantu melembabkan kulit yang kering, kasar dan bersisik.

🌸 Menjaga kesihatan kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal.


 Felinna Hot Lotion mampu membantu;

1) Membakar lemak berlebihan
2) Mengurangkan dan menghalang pembentukan selulit
3) Melangsingkan badan
4) Melegakan sakit sakit otot, sakit sendi, kejang urat dan kebas kebas badan.
5) Melegakan senggugut
6) Mengurangkan kegatalan kulit


Wednesday, February 27, 2019

Part 2 -Berniaga tak boleh malu

Assalamualaikum..

Kan nak sambung pasal cerita kak jue tue(ada ke sudi baca)hahahahaha...
ceritanya tak lag best sangat pon,main kedai2 runcit jer nie dik,tp kita mula dari bawah,masih merangkak lagi nie belum lagi berjalan.tapi nak kongsi jugak.hahaha.
Alhamdulillah tempahan makin baik dari semasa ke semasa.Syukur.

Dalam bulan Oktober 2018 kami tambah lagi satu cabang perniagaan kami iaitu membekalkan kelapa.Nie kelapa yg siap kopek kulit,hantar terus ke pengusaha santan yang inginkan kelapa.Alhamdulillah kelapa kami beli dari ayah mertua,hantar terus kepada pembeli yang nie pon ikut tempahan/oder lah.(org tak mintak takan kite nak hantarkan.)

Semuanya berjalan dengan baik.tapi sebalum dapat langgan kelapa nie,kak jue n suami rayau satu melaka tau nak dapat pelanggan..Subahanallah,kak jue ambik cuti kerja suami pon sama,kami tanya dari satu kedai ke satu kedai.tak ada pon yang nak.kak jue tinggalkan no tel.sampai sekarang dorg tak cll.hehehehe tu nama dia cabaran.tapi sebelum nak balik kami ada singah disenuah kedai proses santan,rezeki Allah nak bagi dia nak oder 100pcs nak cuba.Alhamdulillah.tapi tu last dia oder pastu diam seribu bahasa.

Projek kelapa nie pon jalan mcm biasa ikut permintaan.ok buat pengatahuan korang semua santan segar dan kelapa mmg berjalan seperti yang kami rancang,moga kami terus maju dan tidak berputus asa untuk menghasilkan santan yg betul2 ori..

Kenapa kak jue nak buat santan yg betul2 ori nie
1.Sebab kepuasan bila masak nasi lemak mmg bau dia power santan ori tak campur sebarang kecuali air.
2.Nak org yg beli santan kak jue nie puas hati bila masak tak berketul,rasa tak berubah mcm mak korang masak.
3.Santan ori nie simpan kalau bekukan boleh tahan 3 minngu telah diuji.tak caya boleh PM kak jue...hahahahaha..

Friday, February 22, 2019

Part 1 - Berniaga 2019

Assalamualaikum...

Permulaan tahun 2019 Alhamdulillah berjalan dengan baik..

salam perkenalan lah ye mana yg baru terlihat blog kak jue,lama dah kak jue terlibat dlm blog nie tapi selalu tenggelam timbul.disebabkan kerana kesibukan duniawi ini...hahahaha.

Sekarang nie rasa hati nak aktif balik lah berblog nie.Tak janji setiap hari nak up...tapi pastikan dia akan sentiasa update.Ok azam kak jue untuk blog nie kak jue nak beri pendapat,berkongsi cerita kecantikan,kesihatan,kebahagian rumah tanga,cara jd manusia yg berguna,jd anak yg baik dan semua2 lah ape yg kak jue nak tulis.korang baca jer lah nanti.
Kalau baik boleh ikut,kalau rasa mcm tak berapa bagus biarkan,ini cara kak jue.nak tegur pon boleh.

banyak fasa yang kak jue dah lalu untuk setahun yang lepas....SubahanaLlah,hebat perangcangan Allah untuk kak jue ,suami dan anak2.Bersyukur..ok kak jue cerita satu part dulu yer.

Part 1

Perniagaan Santan Segar.
Allahuakbar,kadang2 kita tak tau pon kita akan jadi itu,akan jadi ini.Kadang2 dalam terpaksa ianya terjadi.Bermula pada bulan 3/2019 oleh kerana kegawatan ekonomi rumah tangga,tangungjawab yang semakin bertambah kami perlu mencari duit lebih untuk kelangsungan hidup...cewah....Macam-macam kerja yg suami kak jue nak buat,tetapi dia ada kerja hakiki yang perlu dilaksanakan,sebabkan dia kerja shif jadi agak mencabar sedikitlah untuk buat 4time.

kadang kerja pagi balik ptang,malam masuk kerja semula.Jadinya kami berdua dok fikir apa kita nak buat ye(terutama suami kak jue lah sebab dia nak tanggung anak isteri dia nie.)ada satu pagi tu kak jue minum dengan suami.
kak jue:" Hubby tak nak cuba berniaga ke?" Suami:"nak meniaga apa?"
dari situ lah mula.Kenapa kita tak nak mula meniaga kelapa ke santan segar ke ayah(mertua kak jue)kan ada kelapa.org lain beli dengan ayah kelapa jual semula kat org dengan harga rm2.50 /rm2.00 kenapa kita tak boleh buat mcm tu.kita beli dengan ayah kelapa,kite buat santan segar yg betul2 tanpa sebarang campuran..(kecuali air lah)

ktorg beranikan diri,tanpa pengalaman meniaga.kami buat santan.SubahanaAllah mula dengan 20 biji kelapa perah bungkus kecik2 hantar dekat tempat org jual ikan.Alhamdulillah ada lah duakali jer hantar.lepastu santan kami tak blh tahan lama sebab kat situ tak ada peti ais beku tu.jd kami ambik keputusan tak hantar situ lagi.

kami pergi lak dari satu kedai ke satu kedai makan.tanyakan nak santan segar tak kami akan hantar ikut kuantiti.SubahanaAllah satu kedai pon taknak.Tak per.sabar kak tu kata dengan suami,ada cara lain inshaAllah.oleh kerana kami dah buat santan kami kene teruskan,kak jue buat flyers.Suami darkan dari rumah kerumah.cekalkan hati.suami balik kerja shif malam bawak santan edar flyers,kalau kenangkan sedihnya..penat badan tak hilang lagi kerja hakiki,balik buat lagi kerja tambahan.Alhamdulillah bawak dalam 20 bungkus 15 tejual.adalah duakali suamikak jue manjaja dari rumah ker rumah.Pastu stop sebab kekangan waktu,tp santan tetap buat sebab dah mula ada permintaan.

sekarang dah ada langan tetap,baru2 nie kak jue ada tambah lagi satu pelangan tetap Alhamdulillah.misi nak cari lagi 2 atau pon 3 kedai runcit yang nak jual santan segar.Kedai2 kat kampung ke,kat taman perumahan ke semua boleh.santan kak jue jika di bekukan boleh tahan 3 minggu inshaAllah.nak bagitau nie kak jue Guna air  COCKOO buat santan ye kawan2.inshaAllah anda akan berpuas hati.selain tu kak jue juga menerima tempahan jika ada kenduri an sebagainya untuk menggunakan santan.cuma tempahan kene bagitau 3 hari sebelum atau 2 hari sebelum sebab kita nak ambil kelapa dan sebagainya.

Moralnya kat sini,:- Kita harus cuba lakukan sesuatu tanpa NANTI,rebut peluang yang ada.Berusaha dengan bersungguh-sungguh.Dengan izin Allah semua boleh jadi.