Wednesday, February 06, 2013

Kesayangan Hamba


mana satu hensom nie..hahaha..sapa kater meraka serupa...yer lah mmg lah serupa dah anak beranakkan..hahahaa...baju nak sama k...Allahamdulillah Allah memberi mawar kesempatan untuk merasai kasih sayang mereka dan ini satu amanah buat mawar..sebagai seorg isteri dan ibu...mawar doakan seluruh wanita merasainya nikmat ini dan Allah merahmati kita semua...Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah...ini semua pinjaman...dan amanah...hanya Allah yang MAHA MEMILIKI...

Monday, February 04, 2013

Khasiad nama Allah

 Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
      Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
 (Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.

 Kali nie Mawar nak kongsi dan sama-sama kita amal kan yer...nt kalau berkesempatan mawar akan postkan ilmu yang bermanfaat untuk kita sama2 amalkan ok....jom kiter cuba jdkan amalan.