Friday, February 22, 2019

Part 1 - Berniaga 2019

Assalamualaikum...

Permulaan tahun 2019 Alhamdulillah berjalan dengan baik..

salam perkenalan lah ye mana yg baru terlihat blog kak jue,lama dah kak jue terlibat dlm blog nie tapi selalu tenggelam timbul.disebabkan kerana kesibukan duniawi ini...hahahaha.

Sekarang nie rasa hati nak aktif balik lah berblog nie.Tak janji setiap hari nak up...tapi pastikan dia akan sentiasa update.Ok azam kak jue untuk blog nie kak jue nak beri pendapat,berkongsi cerita kecantikan,kesihatan,kebahagian rumah tanga,cara jd manusia yg berguna,jd anak yg baik dan semua2 lah ape yg kak jue nak tulis.korang baca jer lah nanti.
Kalau baik boleh ikut,kalau rasa mcm tak berapa bagus biarkan,ini cara kak jue.nak tegur pon boleh.

banyak fasa yang kak jue dah lalu untuk setahun yang lepas....SubahanaLlah,hebat perangcangan Allah untuk kak jue ,suami dan anak2.Bersyukur..ok kak jue cerita satu part dulu yer.

Part 1

Perniagaan Santan Segar.
Allahuakbar,kadang2 kita tak tau pon kita akan jadi itu,akan jadi ini.Kadang2 dalam terpaksa ianya terjadi.Bermula pada bulan 3/2019 oleh kerana kegawatan ekonomi rumah tangga,tangungjawab yang semakin bertambah kami perlu mencari duit lebih untuk kelangsungan hidup...cewah....Macam-macam kerja yg suami kak jue nak buat,tetapi dia ada kerja hakiki yang perlu dilaksanakan,sebabkan dia kerja shif jadi agak mencabar sedikitlah untuk buat 4time.

kadang kerja pagi balik ptang,malam masuk kerja semula.Jadinya kami berdua dok fikir apa kita nak buat ye(terutama suami kak jue lah sebab dia nak tanggung anak isteri dia nie.)ada satu pagi tu kak jue minum dengan suami.
kak jue:" Hubby tak nak cuba berniaga ke?" Suami:"nak meniaga apa?"
dari situ lah mula.Kenapa kita tak nak mula meniaga kelapa ke santan segar ke ayah(mertua kak jue)kan ada kelapa.org lain beli dengan ayah kelapa jual semula kat org dengan harga rm2.50 /rm2.00 kenapa kita tak boleh buat mcm tu.kita beli dengan ayah kelapa,kite buat santan segar yg betul2 tanpa sebarang campuran..(kecuali air lah)

ktorg beranikan diri,tanpa pengalaman meniaga.kami buat santan.SubahanaAllah mula dengan 20 biji kelapa perah bungkus kecik2 hantar dekat tempat org jual ikan.Alhamdulillah ada lah duakali jer hantar.lepastu santan kami tak blh tahan lama sebab kat situ tak ada peti ais beku tu.jd kami ambik keputusan tak hantar situ lagi.

kami pergi lak dari satu kedai ke satu kedai makan.tanyakan nak santan segar tak kami akan hantar ikut kuantiti.SubahanaAllah satu kedai pon taknak.Tak per.sabar kak tu kata dengan suami,ada cara lain inshaAllah.oleh kerana kami dah buat santan kami kene teruskan,kak jue buat flyers.Suami darkan dari rumah kerumah.cekalkan hati.suami balik kerja shif malam bawak santan edar flyers,kalau kenangkan sedihnya..penat badan tak hilang lagi kerja hakiki,balik buat lagi kerja tambahan.Alhamdulillah bawak dalam 20 bungkus 15 tejual.adalah duakali suamikak jue manjaja dari rumah ker rumah.Pastu stop sebab kekangan waktu,tp santan tetap buat sebab dah mula ada permintaan.

sekarang dah ada langan tetap,baru2 nie kak jue ada tambah lagi satu pelangan tetap Alhamdulillah.misi nak cari lagi 2 atau pon 3 kedai runcit yang nak jual santan segar.Kedai2 kat kampung ke,kat taman perumahan ke semua boleh.santan kak jue jika di bekukan boleh tahan 3 minggu inshaAllah.nak bagitau nie kak jue Guna air  COCKOO buat santan ye kawan2.inshaAllah anda akan berpuas hati.selain tu kak jue juga menerima tempahan jika ada kenduri an sebagainya untuk menggunakan santan.cuma tempahan kene bagitau 3 hari sebelum atau 2 hari sebelum sebab kita nak ambil kelapa dan sebagainya.

Moralnya kat sini,:- Kita harus cuba lakukan sesuatu tanpa NANTI,rebut peluang yang ada.Berusaha dengan bersungguh-sungguh.Dengan izin Allah semua boleh jadi.