Thursday, October 10, 2019

Jalan jalan 2018





Tahun 2018



Alhamdulillah,dapat jalan-jalan sama semua adik mak abah.

Tapi tu lah Cameron jem...nanti nak g lagi..nak g pasar malam dia...nak makan2 jer..hehehee

mcm lah kat melaka tak cukup makan....huhuhu...

sajer jer ambik angin sejuk pasar mlm sejuk,semua sejuk..hahahaha....

love

Tuesday, October 01, 2019

Ikhlaskan hati.

Assalamualaikum

Alhamdulillah,dapat tulis lagi Dalam blog kak jue yang dah bersarang nie..hihihi..Nak sebut pasal ikhlas,cakap menang senang...Saya ikhlas kerana Allah..macam Mana Kita nak ikhlaskan hati Kita Dalam melakukan sesuatu kebaikan..

Mengikut kefahaman kak jue keikhlasan ini soal hati,hanya Kita Dan Allah sahaja yang tahu..kerana Allah,Kita kene sebut selalu Dalam hati,aku buat kerana Allah..aku buat itu,aku buat ini aku cuma mahu Allah pandang aku,semua aku buat aku nak Allah Sayang aku,aku buat ini hanya untuk Allah..

Kita banyak dengar  ceramah agama yang merungkaikan istilah ikhlas kerana Allah..kebaikan,keberkatan juga seiring..bila Kita ikhlas akan datang keberkatan...betul Tak elok Kita mengharapkan balasan disetiap kebaikan yang kita lakukan tetapi Tak salah jika Kita mahu Allah pandang Kita dalam melakukan kebaikan.

Kak jue selalu Dan suka dengan ayat nie...Kita jadi manusia biarlah jadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain..Apa guna Kita hidup jika hanya sekadar hidup tanpa melakukan kebaikan,sedangkan Kita tahu hidup nie sementara.

Bila Kita lakukan sesuatu Kita fikir nie bekalan aku esk Kat sana..aku nak Allah Sayang aku,aku tahu Allah baik. Allah baik.sangat baik..semua yang berlaku pasti Ada sebab,pasti Ada baiknya.mesti akan Ada indah disetiap ujian..sebab tu Kita kene ikhlaskan hati dalam setiap kebaikan atau apa sahaja yg Kita buat kerana Allah..


Tuesday, May 28, 2019

Persiapan Raya 2019

Assalamualaikum..
hai korang.Macam mana persiapan raya untuk tahun 2019.berlebihan atau bersederhana.
bersederhana lebih baikkan.

ok berapa pasang sorang?

Sebenarnya tak kesah pon berapa pasang,asalkan ko mampu dik.Jangan ko tak mampu tp nak berlebih-lebih tukan dah membazir namanye.
Macam kak jue,siapkan anak-anak punya dulu.
1.Adam Haikal
       *1 baju berkola
       *2 helai baju tak berkola
tahun nie adam mcm tak beli seluar baru.tp tak tau lah kalau malam nie ke mlm sebelum tutupnya baza ramadan adam dapat selai.hehehehehe
      *baju melayu sepasang Songkok sampin adam tak ada,sebab dia nye saiz kanak2 tak blh pakai mungkin pakai sampin ayah dia jer..hehehhe

2.Aira Humairah
     *2 pasang baju kurung tu untuk day 1 and day 2 lah.
     *2 pasang baju jalan2

ikut kemampuan lah ye...ada org beli sampai 5 6 pasang.ada yang beli satu dua lai pon ok..tak ape,raya nie bukan syarat dia mesti baju baru kan.Ini tanda kemenangan umat islam yang telah sebulan berpuasa.

mcm kak jue dan suami selai dua udah lah,tak yah nak beriaya nau....hehehehe..yg penting baju raya pertama harus sedondon..hehehehe...baru lah raya.
Kalau nak ikutkan bajet raya nie mmg lah parah wei..tapi suami kak jue nie bijak...dia menabung dari awal...baru tak terasa.
kalau yang biasa2 mcm kak ju nie org biasa2 pon dah 2k-3k ko rasa kalau org yg luar biasa tu mau lebih lagi kan.

nie termasuk lah
1.baju raya (mak abah,mertua dan kami 4 beranak)
2.kuih raya
3.duit rempah2(mak dan mertua)
4.duit raya
5.duit minyak

walaupon rumah kak jue dekat dengan kampung kami,tapi kami akan pergi balik,pergi balik sesuka hati...hehehehe jadi kereta jalan pakai minyak kan bukan pakai air.hehehehe tu semua masuk kira tau.

apa pon korang kene merancang supaya semua berjalan lancar dan tidak melebihi kemampuan.nanti kak jue tepek gambar2 barang2 raya ye...lupa nak ambik gambar...kak jue bukan penggemar ambil gambar,tp kalau org ambik gambar kak jue suka tumpang.

korang raya mana tahun nie?
korang tema apa tahun nie.?

Wednesday, March 20, 2019

Kebaikan Sayur dan Buah

Assalamualaikum,

Kebaikan Sayur dan Buah.kak jue ada terbaca mengenai kebaikan makan sayur dan buah,lepas tu makanan sunnah.ianya sangat baik.Ramai antara kita semua tahu kebaikan makanan sunnah nie,mmg kak jue tak nafikan.kak jue pon tahu dan ambil sambil lewa.ape org kate belum kene mmg wat tak tau jer,bila dah sakit baru nak insaf ha nie kak jue lah.Tapi kak jue tak ada lah sakit ape pon cuma ,mato den nie ha dah nak mulo rabunnn..mula lah Google apa makanan yang baik untuk mata.yang best tue kak juue Google pasal vitamin mata...hala2 dalam bijak2 ado bongapnye aku nie.hahahaha...

Dah sah2 lah kak jue dah tahu LOBAH MERAH itu baik untuk mata lagi mau tanya.Kak Jue suka makan lobak merah nie mentah,kalau dah goreng ke,dah dimasak mmg kurang skit.Nak di pendekkan cerita ari tu g makan Kak jue pon oder lah Air Lobak SUSU...sedap wei kedai tu buat..dia nye gelas ampang lah besau...lupa nak ambik gambar.hehehe...kak jue kongsi ngan si comel pipi merah (airah humairah),dia pon suka..mmg sedap wei.Tak ada lah kak jue nak kate mate dah ok,hihihihi baru sekali minum kot,tapi kak jue akan jdkan amalan mkn lobak merah n minum air lobak nie.

ok jom baca pasal sebahagian sayur atau buah yg baik untuk kita..


Assalamualaikum pada semua.

Untuk berkongsi bersama kalian.

Sejak kebelakangan ini, dperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Kami pernah didatangi oleh bekas pelajar MRSM, seorang Doktor pakar pemakanan dan selalu keluar di Astro Oasis dalam rancangan agen HALAL. Siapa kenal degan Doktor Mohd Redza Benjamin? Beliau pengidap kanser tahap 3.. tapi diberi kesempatan oleh Allah utk hidup didunia ini. Beliau banyak beri perkongsian tentang pengalaman beliau sebagai penghidap kanser. saya akan cerita sedikit demi sedikit nanti.

Dr Redza pernah berpesan ketika sakitnya itu kepada ibunya, jangan benarkan doktor cabut talian hayat nya (bantuan oksigen) selagi beliau belum benar-benar disahkan mati. Pada ketika dia koma, Dr. Redza mohon kepada Allah atas segala kebaikan yg dia pernah lakukan sebelum ini supaya diberi peluang kedua untuk hidup dan dapat dia perbetulkan kesilapan yang telah beliau lakukan.

Kesilapan beliau adalah beliau selalu memberi ceramah kesihatan kepada orang ramai supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah nabi tapi malangnya beliau sendiri mengambil ubat-ubatan kimia untuk dirinya. Justeru beliau telah berlaku hipokrit kepada orang ramai dan sejak beliau sedar dari koma, beliau ubah cara pemakanan beliau dan mengesyorkan kita umat Islam ikut sunnah Nabi saw.

Sedikit perkongsian lagi:

1-  Makan lah sayur-sayuran atau buah-buahan dahulu sebelum ambil makanan lain.

2-  Makan makanan yang Halal & Thoiyyib (suci).

3- Jangan makan berlebih-lebihan (surah Al-A'raf ayat 31) Berhenti sebelum kenyang.

4- Perhatikan makanan kamu Surah Abasa ayat 24

INI PERKONGSIAN DARI Dr Redza YANG ALLAH SAW DAH LAMA BAGITAHU KITA, CUMA RAMAI DARI KITA YANG TAK TAHU ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU.

Cuba perhatikan lobak merah kalau dipotong, apakah bentuknya? saperti mata kan? Lalu dalam kajian sains pun mendapati lobak sebenarnya bagus untuk kesihatan mata.

Perhatikan tomato mengandungi licopin. Untuk merawat jantung. Cuba belah tomato, lihat ada 4 cabang dalamnya, ibarat 4 injap saperti dalam jantung kita. Sebenarnya tomato memang bagus untuk jantung.

Cuba perhatikan anggur. Bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah seperti bentuk jantung kita kan? Kajian sains pun mengatakan ia bagus untuk jantung.

Perhatikan kacang walnut,  kulitnya keras susah nak dipecahkan dan isi dalamnya jika dilihat seperti otak manusia. Ianya memang bagus untuk otak. Kepada Ibu-Ibu sila beri anak anda makan walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal  terutama anak untuk menghafal Al-Quran.

Cuba perhatikan kidney bean @ kacang merah. Bentuk buah pinggang kita kan!? Ia memang bagus untuk rawatan buah pinggang.

Batang saleri, bentuknya saperti tulang manusia. Memang ia bagus untuk tulang.

Buah avocado pula perhatikan buahnya dan macam mana bentuk isinya. Ia saperti rahim perempuan dan ia memang bagus untuk hormon wanita, bukannya untuk rawatan rambut sahaja.

Buah Thin pula cuba perhatikan buah Thin ini. Kaum adam cuba perhatikan buah Thin ini, ia berbentuk saperti apa? Kajian sains mendapati ia bagus untuk kesuburan kaum lelaki.

Yahudi dah banyak tipu kita, diakata daging kambing kalau makan kena darah tinggi. Itu semua satu pembohongan. DAGING KAMBING ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL, yang kena darah tinggi sebab cara masakan kita, contohnya masak kambing dengan santan yg berlebihan dan sebagainya. Apa yang Allah jadikan semuanya baik, cume kita manusia yang salah guna betul tak?! Justeru perbetulkan cara pemikiran dan pemakanan kita dan keluarga. Lepas ni..banyak lagi tips darj Dr. Redza.

"Setiap apa yang Allah ciptakan itu pasti ada kebaikan dan manfaatnya"